KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof baharu sahaja meninggalkan kediaman Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini pada jam 12.50 tengah hari.
Sebelum beredar, beliau dilihat memberikan KFC kepada pengamal media yang menunggu di luar kediaman Muhyiddin sejak pagi.