Penjual buah mati dengan kesan luka pada rusuk kanan
Iklan
BERITA SEMASA 22 NOVEMBER 2022
Seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan luka pada rusuk kanan dipercayai ditikam di sebuah rumah apartment di Taman Bukit Delima, di Seremban, Negeri Sembilan, pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.
Mayat lelaki yang bekerja sebagai penjual buah berusia 50-an itu ditemui kira-kira jam 9.30 malam dalam keadaan terlentang di ruang tamu dan terdapat beberapa kesan darah di beberapa lokasi dalam rumah.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada pengawal keselamatan apartmen terbabit yang memaklumkan terdapat kes kematian di situ.
Artikel: https://bit.ly/3Awk2KA
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar" /><meta itemprop="description" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Sock Tao berkata, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Jelasnya, keadaan pengundian awal daripada pemerhatiannya sangat teratur dan berjalan lancar.
Beliau berterima kasih kepada pegawai dan anggota serta semua pihak yang terlibat dalam proses undi awal.
Sock Tao terdahulu tiba Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu kira-kira jam 9.05 pagi diiringi seorang pegawainya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663290/berita/politik/prk-kkb-calon-ph-puas-hati-proses-undi-awal-berjalan-lancar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #undiawal #PRKKualaKubuBaharu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-07T02:50:00.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WFya81cEPRl4SMBLg/x120" /><meta itemprop="duration" content="P41S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y4lqg" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y4lqg"></script>