Kerajaan perpaduan solusi terbaik untuk Malaysia

Iklan
Mohd Zulkifli

KOTA BHARU - Kerajaan perpaduan menjadi solusi terbaik dalam menangani situasi politik negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila tiada parti yang mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk pentadbiran di peringkat pusat.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Zulkifli Zakaria berkata, tiada guna jika semua pihak melaungkan kerajaan yang stabil dan makmur namun masih lagi memilih parti-parti tertentu dalam pembentukan kerajaan.

Iklan
Iklan

"Oleh itu kesemua ketua parti iaitu Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PH), BN, Gabungan Parti Sarawak (GRS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) seharusnya duduk semeja berbincang demi untuk kemakmuran negara," katanya.

Menurut beliau, melihat keputusan PRU15 pada Sabtu pembentukan kerajaan perpaduan harus dibuat untuk kestabilan negara.

Iklan

Ujarnya, apabila pembentukan itu berjalan, pembahagian kuota menteri kabinet hendaklah berpaksikan jumlah kemenangan kerusi sesebuah parti.

"Manakala portfolio kabinet dibahagi lebih awal melalui rundingan mengikut kepakaran seseorang Ahli Parlimen.

Iklan

"Manakala pemilihan Perdana Menteri hendaklah dipilih dalam kalangan ketua gabungan parti yang mendapat sokongan teramai dari ahli Parlimen," katanya.

Tambah beliau, penubuhan kerajaan perpaduan dari semua parti boleh memberi gambaran bahawa Malaysia kini sedang menuju kearah penyatuan.

"Kerajaan dibentuk melalui musyawarah melibatkan pelbagai parti yang menang dan mendapat mandat rakyat melalui pilihan raya.

"PRU15 adalah 'ibu' kepada segala pilihan raya yang telah menjadikan Malaysia lebih stabil, makmur dan berintergriti," katanya.