Banjir: 30 kawasan di Selangor masih dalam pemantauan

Iklan
Antara kawasan di sekitar Kuala Langat yang masih terjejas banjir dan dalam pemantauan pihak bomba.

SHAH ALAM - Jumlah pemantauan banjir di seluruh Selangor kini merekodkan 30 kawasan membabitkan penugasan 62 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pada Isnin.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kawasan yang terjejas kini dilaporkan semakin berkurangan berbanding beberapa hari lepas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, 30 kawasan yang masih terjejas ini dipantau oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang, BBP Kapar, BBP Shah Alam, BBP Dengkil, BBP Tanjung Karang, BBP Bestari Jaya serta BBP KLIA.

"BBP Shah Alam dan BBP Kapar masing-masing melibatkan lima kawasan, BBP Dengkil terdapat satu kawasan, BBP Telok Panglima Garang (3), BBP Tanjung Karang (4), BBP Bestari Jaya (3) serta BBP KLIA (9).

Iklan

"Lima aset bot dan tujuh jentera telah ditempatkan di kawasan terjejas," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, PPS tersebut ialah di Dewan Taman Gemilang, Dewan Orang Ramai Dengkil (Cemperai), Dewan Orang Ramai Bukit Changgang, Sekolah Rendah Agama Dato Ahmad Razali, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil dan Sekolah Kebangsaan (SK) Labu Lanjut.

Iklan

"PPS lain ialah Dewan MPKK Kampung Labu Lanjut, Balai Raya KOA Bukit Serdang, Sekolah Rendah Agama Bukit Changgang, Dewan Hala Cara Baru, SMK Jeram, Dewan BNO, SK Bandar Baru serta Balai Raya Kampung Blok A Sawah Sempadan," ujarnya.