Lelaki bertindak bakar jaket depan Rumah Putih
Iklan
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki tidak dikenali dilaporkan membakar jaket miliknya di depan bangunan Rumah Putih, semalam.
Menurut Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS), lelaki yang menaiki skuter elektrik tersebut berjaya ditahan dan diberi bantuan kecemasan ekoran cedera ringan yang dialaminya sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.