Tetap berkhidmat kepada rakyat: Khairuddin

Iklan
Mohd Khairuddin dan isteri, Datin Anili Ramli.

KUALA NERUS - Bekas ahli Parlimen Kuala Nerus tetap meneruskan khidmatnya walaupun tewas kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beliau akan fokus bersama jentera UMNO/BN untuk berkhidmat kepada masyarakat di Kuala Nerus.

Iklan
Iklan

"Banyak pelajaran dan strategi baru perlu diambil untuk memenangi PRN. Saya akan mula turun padang semula bertemu rakyat secepat mungkin selepas beberapa pertemuan penting selesai di Kuala Lumpur," katanya yang juga calon BN Parlimen Kuala Nerus.

Pada masa sama, Mohd Khairuddin mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang telah dipilih rakyat pada PRU15.

Iklan

"Pertimbangan (pilihan) tentulah apa yang terbaik untuk Islam dan rakyat. Tahniah, semoga dapat berkhidmat kepada rakyat dengan bersungguh-sungguh," katanya yang akan mengadakan kenduri rakyat sebagai ucapan terima kasih kepada pengundi dan jentera yang membantunya selama ini.

Sementara itu, menerusi PRU15 bagi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Alias Razak (PN-Pas) mendapat 56,697 undi berbanding Mohd Khairuddin hanya 26,932 undi dengan majoriti 29,767.

Iklan

Manakala Datuk Seri Shuhaimi Hashim daripada Pakatan Harapan mendapat 3,708 undi diikuti Azaha Wahid (Pejuang) 291 undi.