Syed Saddiq mahu berikan khidmat terbaik di Muar

Iklan
Syed Saddiq bergambar bersama penyokongnya. - Foto FB Syed Saddiq

MUAR - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berazam mahu memberikan khidmat terbaik selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Syed Saddiq turut menzahirkan penghargaan terhadap pengundi di Parlimen Muar yang memberi peluang kepada dirinya untuk menjadi ahli Parlimen buat penggal kedua.

Iklan
Iklan

"Saya amat terhutang budi kepada orang Muar kerana telah berikan peluang untuk kembali berkhidmat kepada anda semua.

"Masa untuk berpolitik sudah tamat, kini adalah masa untuk saya fokus berkhidmat. Saya bertekad untuk bekerjasama dengan semua pihak merentasi semua parti untuk bangunkan Muar," katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Iklan
Syed Saddiq

Dalam pada itu, Syed Saddiq bertekad akan menunaikan tanggungjawabnya di Muar tanpa mengira siapa pun walaupun pihak yang tidak menyokongnya.

"Muar perlu dibangunkan tanpa mengambil kira soal perbezaan ideologi politik.

Iklan

"Saya akan terus melaksanakan tanggungjawab meskipun terhadap pihak yang tidak menyokong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya.

Syed Saddiq yang juga mantan Menteri Belia dan Sukan menang di kerusi Parlimen Muar dengan majoriti 1,345 undi menewaskan dua pencabarnya.

Beliau meraih 19,961 undi, calon Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin memperoleh 18,616 undi manakala calon BN, Mohd Helmy Abd Latif dengan 14,581 undi.