SHAH ALAM - Seramai 3,200 anggota kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditugaskan untuk memantau dan menunggu sedia setiap masa di lapangan serta bilik gerakan operasi ketika proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, pihaknya komited dalam memastikan bekalan elektrik di 6,623 Pusat Mengundi dan 165 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Semenanjung berada dalam keadaan baik pada hari pengundian berlangsung.