Gambar calon BN disembur cat hijau, hitam

Iklan
Nizam (kiri) dan Mohd Ghazali (dua,kiri) menunjukkan gambar calon BN Parlimen Alor Gajah yang telah dirosakkan di Persimpangan Ayer Pasir, di sini, pada Jumaat.

ALOR GAJAH - Poster dan papan iklan gergasi calon BN Parlimen Alor Gajah, Shahril Sufian Hamdan dikhianat dan dirosakkan dengan simbahan cat hijau dan hitam.

Wakil Briged Gempur BN Machap Jaya, Mohd Ghazali Baharuddin, berkata pihaknya mengesan tindakan tidak bertamadun itu sejak awal pagi Jumaat dan mendapati papan iklan gergasi itu turut diconteng dengan perkataan 'loser.'

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiga lokasi poster calon yang telah dirosakkan termasuk yang didirikan di Taman Manggis, Persimpangan Bukit Bulat dan Persimpangan Ayer Pasir.

Mohd Ghazali (dua,kiri) menunjukkan laporan polis yang telah dibuat di IPD Alor Gajah di sini, pada Jumaat.

"Kita kesal dengan tindakan tidak matang itu seolah-olah mahu menjejaskan reputasi calon.

Iklan

"Tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan sembur cat ke atas muka calon, malah terdapat juga poster calon dari parti lain di lokasi sama tapi tidak dirosakkan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Penerangan BN Machap Jaya, Nizam Baharom.

Iklan

Ujarnya, berharap, pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap individu yang melakukan khianat lebih-lebih lagi hanya tinggal beberapa jam sebelum tempoh berkempen tamat.