PRU15: Pas Kelantan sedia 400 bas bawa perantau pulang undi

Iklan
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Ibrahim Tuan Man sewaktu menyambut ketibaan perantau yang menggunakan khidmat bas disediakan Pas di perkarangan Mydin Mall Tunjong.

KOTA BHARU - Pas Kelantan menyediakan hampir 400 buah bas bagi memudahkan perantau pulang mengundi di negeri itu bermula Rabu, kata Setiausaha Perhubungan Pas Negeri, Wan Roslan Wan Hamat.

Wan Roslan memberitahu, kemudahan kenderaan percuma secara pergi balik itu membabitkan 200 buah bas untuk pelajar institusi pengajian tinggi manakala selebihnya kepada orang awam.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah sebahagian rombongan bas berkenaan telah selamat tiba dengan selesa disambut pimpinan Pas negeri termasuk Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Ibrahim Tuan Man.

"Pengundi tempatan juga sangat teruja menyambut kepulangan perantau di beberapa pintu masuk utama selain di beberapa pusat ketibaan lain sekitar Kota Bharu.

Iklan

"Daripada lokasi ketibaan itu, unit daerah mengundi akan menyediakan kemudahan pengangkutan lain untuk membawa pulang perantau ke rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat Pas Negeri di sini pada Jumaat.

Iklan

Tambahnya, dijangkakan kira-kira 8,000 perantau dibawa pulang melalui kemudahan itu, manakala hampir puluhan ribu yang pulang secara konvoi dan individu.

"Saya mewakili Pas mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua rakyat Kelantan dan petugas yang memberi komitmen terbaik ini.

"Ini cukup memberi keyakinan kepada kita bahawa Pas dan PN akan sapu bersih semua kerusi Parlimen di Kelantan,"katanya.