'Tindakan terdesak mahu burukkan saya' - Muhammad Yusoff
Iklan
Muhamad Yusoff
TASEK GELUGOR - Tindakan terdesak dan sengaja mahu menghasut fikiran penggundi dengan fitnah serta serangan peribadi.
Itu reaksi Calon BN Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor apabila ditanya mengenai video tular kononnya beliau sedang minum air ketum.
Iklan
Iklan
Muhamad Yusoff berkata, fitnah itu langsung tidak menjejaskan beliau untuk terus berkempen untuk melawan parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun tempoh berkempen hanya berbaki tidak sampai 24 jam.
Tegasnya, serangan itu cubaan untuk menganggu kempen serta menghasut fikiran penduduk menjelang hari pengundian esok.
Iklan
"Macam mana mereka kata tu air ketum? Kalau benar mereka ada bukti buat laporan biar polis jalankan siasatan dan saya sedia untuk disiasat.
"Sampai bila rakyat hendak 'disaji' dengan benda-benda macam ini. Adakah mereka takut kalah? hingga perlu melakukan serangan peribadi sebegini terhadap saya?," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.
Iklan
Muhamad Yusoff berkata, sepatutnya pada saat akhir ini semua pihak yang bertanding perlu berkempen secara sihat dan terus yakinkan pengundi dan bukan menggunakan taktik kotor.
Sebelum ini, tular satu rakaman video berdurasi 23 saat di Facebook menunjukkan dua lelaki memakai baju BN sedang membuka satu bungkusan air berwarna hijau yang didakwa air ketum.
Dalam video sama, mereka menunjukkan calon yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor kononnya berada dalam keadaan lalok bersama satu botol air berwarna gelap.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Calon PH Duyong pilih 'shake hand', bukan kejar 'like'"><meta itemprop="description" content="Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Poo Long Suan memilih pendekatan turun padang dan bersalaman dengan seramai mungkin pengundi berbanding mengejar populariti di media sosial dalam usaha memperkenalkan dirinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Menurutnya, media sosial penting tetapi bukan segala-galanya dalam kempen pilihan raya kerana platform itu lebih cenderung menjangkau kelompok masyarakat tertentu dalam dunia maya, sedangkan hubungan dengan pengundi perlu dibina menerusi pertemuan secara bersemuka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803371/berita/politik/prn-melaka-calon-ph-duyong-pilih-shake-hand-bukan-kejar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #DUNDuyong #PH"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-05T07:15:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P170S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbttapm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbttapm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbttapm"></script>