Lelaki zalim pukul, pijak isteri depan kanak-kanak

Iklan
Kejadian berkenaan tular selepas dimuat naik di TikTok.

SHAH ALAM - Tidak berhati perut, itu yang boleh dilabelkan terhadap seorang lelaki yang memukul seorang wanita dipercayai isterinya tanpa belas kasihan di hadapan seorang kanak-kanak.

Kejadian itu tular selepas video berdurasi satu minit tujuh saat memaparkan wanita itu bukan sahaja diseret malah dipukul dan berulang kali dipijak oleh lelaki berkenaan.

Iklan
Iklan

Dalam video tersebut, lelaki yang hanya memakai seluar pendek paras lutut berwarna putih itu menarik rambut wanita berkenaan dan mengheret mangsa di lantai.

Perbuatan zalim lelaki itu turut dilihat seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menangis.

Iklan

Menurut kapsyen pada hantaran terbabit, lelaki berkenaan didakwa adalah bekas suami kepada seorang penyanyi tempatan dan wanita tersebut merupakan isteri baharunya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila dan di mana kejadian itu berlaku.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Saya sahkan kejadian itu dan kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan lanjut," katanya.