Stesen Penternakan Kerbau Meragang ditubuhkan pada 1991, stesen yang beroperasi sebagai pusat pembiakan, latihan dan penyelidikan itu kini menempatkan lebih 300 ekor kerbau sawah yang turut digunakan untuk program pembiakan secara pawah oleh kerajaan negeri Sarawak.
Melihat kepada potensi besar stesen itu serta industri ternakan kerbau secara keseluruhannya, kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) telah memperuntuk RM15 juta untuk menaik taraf termasuk membina sebuah kilang pemprosesan keju mozzarella berasaskan susu kerbau di stesen tersebut.
Selain kilang, projek yang kini dalam proses tender dan dijangka siap pada 2024 itu juga bakal menempatkan bangunan lain seperti rumah pekerja serta tempat penyimpanan keju.
Bagi menjayakan projek itu, kerbau jenis baka Murrah yang dapat menghasilkan susu yang banyak bakal diimport dari India atau Pakistan.