PRU15: Nekad jalan kaki pulang mengundi
Iklan
Muhammad Haikal ditemui keletihan oleh pensyarahnya ketika dia mahu pulang berjalan kaki dari Pulau Pinang ke Kelantan.
KEPALA BATAS - Seorang pelajar lelaki nekad pulang ke Kelantan dengan berjalan kaki demi menunaikan kewajipan sebagai pengundi pada 19 November ini.
Kesungguhan pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas, Muhammad Haikal Noor Azmin,18, berbuat demikian selepas tiket bas untuk pulang ke kampung halamannya habis.
Iklan
Iklan
Difahamkan, pelajar bidang Siji Animasi 2D ditemui oleh pensyarahnya yang kebetulan dalam perjalanan pulang ke rumah di sekitar Jalan Bertam Indah 2 kira-kira jam 7 petang pada Rabu.
Muhammad Haikal yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui sedang berjalan kaki dan menyorong beg pakaian seorang diri.
Iklan
Muhammad Haikal ditemui keletihan oleh pensyarahnya ketika dia mahu pulang berjalan kaki dari Pulau Pinang ke Kelantan.
Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas,Ts Jasni Mohd Yusof berkata, pelajar berkenaan yang kurang sempurna dari segi pergerakan dan pertuturan kelihatan letih ketika ditemui, namun tetap mahu meneruskan perjalanan kerana ia adalah pengalaman pertamanya untuk mengundi pada pilihan raya kali ini.
"Bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar itu terjamin, Kolej Komuniti Kepala Batas mengambil inisiatif menghantar pulang Muhammad Haikal ke Kelantan bagi tujuan mengundi dengan menggunakan kenderaan jabatan pada Khamis.
Iklan
"Sumbangan telah dibuat oleh semua kakitangan Kolej Komuniti Kepala Batas bagi memudahkan urusan perjalanan pelajar berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Sementara itu, Muhammad Haikal berkata, beliau terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak Kolej Komuniti Kepala Batas.
Katanya, bantuan yang diberikan itu dapat meringankan beban keluarganya kerana beliau merupakan anak sulung daripada lima beradik manakala ayahnya telah meninggal dunia sejak dia berusia 11 tahun lagi.
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.