PRU15: Anih Berhad keluarkan jadual cadangan waktu perjalanan
Iklan
Foto hiasan
KUALA LUMPUR - Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad hari ini mengeluarkan cadangan waktu perjalanan untuk pengguna lebuh raya laluan pantai timur, bagi tempoh 18 dan 20 November, sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.
Anih Berhad dalam kenyataan memaklumkan, terdapat dua pilihan waktu perjalanan bagi pengguna lebuh raya dari Lembah Klang memasuki Plaza Tol Gombak, esok iaitu pilihan pertama, ke Pahang (dari 10 pagi hingga 2 petang), Terengganu dan Kelantan (6 pagi-10 pagi) manakala 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi semua destinasi.
Iklan
Iklan
Sementara itu, bagi pilihan kedua, Anih Berhad mencadangkan waktu perjalanan ke Pahang dari 8 malam-11 malam manakala laluan ke Terengganu dan Kelantan dari 5 petang hingga 8 malam.
Bagi perjalanan menghala ke Lembah Klang pada 20 November, pengendali lebuh raya berkenaan mencadangkan jadual perjalanan dari Pahang (6 pagi-10 pagi), Terengganu (8 pagi-11 pagi), Kelantan (6 petang-8 malam) dan 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi semua destinasi.
Iklan
Selain itu, pilihan kedua bagi pengguna lebuh raya untuk masuk ke Lembah Klang dari Pahang (7 malam-10 malam). Terengganu (8 malam-10 malam) dan Kelantan (10 malam-12 tengah malam).
"Kenderaan ringan disaran untuk mengelak daripada memasuki Plaza Tol Gombak pada waktu perjalanan bas ekspres ke Pantai Timur iaitu 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Selain itu, pengguna turut disaran menggunakan mod pembayaran sama ketika masuk dan keluar dari lebuh raya iaitu sekiranya menggunakan kad Touch n Go (TnG) ketika masuk lebuh raya, pengguna perlu menggunakan laluan TnG untuk membuat pembayaran keluar bagi melancarkan perjalanan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>