Pejabat Invoke diserbu, Rafizi dakwa bermotifkan politik

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

PETALING JAYA - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di premis syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd adalah bermotifkan politik.

Beliau yakin lawan partinya itu sedang berusaha mencari kesalahan bagi mencipta sentimen terhadap Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

"Mereka sedang terdesak mencari 'peluru'," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini pada Rabu.

Sebelum ini, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, mengesahkan satu serbuan dijalankan di pejabat syarikat Invoke itu.

Iklan
Iklan

Ia susulan laporan polis yang dibuat oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berhubung pengisytiharan harta Rafizi yang mengumumkan aset bersihnya bernilai RM18.85 juta.