Tiga lelaki ditahan edar risalah politik dalam TLDM

Iklan
Mohd Yusri

IPOH - Tiga lelaki ditahan pasukan rondaan Provos Tentera Laut (Protela) kerana mengedar risalah parti politik dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan diterima daripada pasukan berkenaan yang menahan suspek berusia 19 hingga 33 tahun di pekarangan blok A8 Rumah Keluarga TLDM.

Iklan
Iklan

Menurutnya, menjadi kesalahan mengedar bahan kempen politik dalam TLDM yang diwartakan sebagai tempat larangan.

"Mana-mana individu gagal mematuhi Seksyen 7 akta yang sama boleh dikenakan penjara atau denda, jika sabit kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Mohd Yusri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 21 kertas siasatan dibuka daripada keseluruhan 200 laporan yang diterima sepanjang tempoh berkempen.

Iklan

"Daripada itu, lima tangkapan telah dilakukan dan polis meluluskan 402 permit ceramah," katanya.