Malaysia kutuk keras serangan bom di Istanbul: PM

Iklan
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengganas yang menyasarkan orang awam yang tidak bersalah dalam insiden letupan di Istanbul, Turkiye pada Ahad lepas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, Malaysia sentiasa berdiri teguh bersama Turkiye dalam usaha untuk membendung sebarang bentuk ancaman terhadap keselamatan negara dan keselamatan awam.

Iklan
Iklan

"Semoga ALLAH SWT melindungi dan memelihara Republik Turkiye dan rakyatnya dari segala ancaman yang akan menjejaskan keamanan dan kestabilan dalam negara,” kata beliau menerusi catatan di laman Facebook.

Menerusi catatan itu, Ismail Sabri turut berkongsi salinan surat yang diutuskan beliau kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Iklan

Agensi berita Turkiye, Anadolu Agency (AA) melaporkan enam maut dan 81 cedera dalam insiden itu. - Bernama

Iklan