Letupan misteri gegar Istanbul, 6 maut dan 53 cedera

Kawasan sekitar Istiklal Street itu kini dikepung pihak berkuasa. - Foto Agensi
Kawasan sekitar Istiklal Street itu kini dikepung pihak berkuasa. - Foto Agensi
A
A
A

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya enam terkorban manakala 53 yang lain cedera dalam kejadian letupan di bandar terbesar di Turkiye pada Ahad.

Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya memaklumkan insiden menggemparkan itu berlaku di Istiklal Street di kawasan Dataran Taksim pada jam 4.20 petang (waktu tempatan).

Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan mereka masih menyiasat punca letupan itu yang turut dirakamkan beberapa saksi dan menjadi tular di media sosial.

"Orang ramai lari bertempiaran kerana panik. Asap tebal memenuhi ruang udara sejurus letupan kuat itu berlaku," kata saksi dikenali sebagai Cemal Denizci yang berada kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam satu kenyataan turut mengecam serangan itu dan menegaskan pelaku bertanggungjawab akan dihukum.

"Tanda awal menunjukkan ia mungkin satu bentuk serangan ganas," katanya sebelum berlepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak G-20 di Indonesia.

Difahamkan, Istiklal Street yang menjadi tumpuan pengunjung termasuk pelancong untuk membeli-belah pernah menjadi sasaran pengebom bunuh diri pada 2016. - Agensi

Artikel Berkaitan: