Jumlah mangsa banjir kilat di Tangkak masih kekal
Iklan
Jumlah mangsa banjir kilat di Tangkak dilaporkan masih kekal dengan 231 mangsa daripada 57 keluarga. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir kilat di Tangkak dilaporkan masih kekal dengan 231 mangsa daripada 57 keluarga.
Pihak Pengurusan Bencana Daerah (JBPB) dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat 8 pagi Selasa, kesemua mangsa berkenaan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Simpang 5 dan PPS Sekolah Agama Simpang 5 Darat yang dibuka sejak awal pagi Isnin.
Iklan
Iklan
"Seramai 123 mangsa daripada 32 keluarga dari Kampung Simpang 5 Darat, Kampung PT. Bunga Raya Hujung, Kampung PT. Pulai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 5 Darat manakala 108 mangsa daripada 25 keluarga dari Kampung Simpang 5 Darat, Kampung PRT Bunga Raya dan Kampung PRT Pulai ditempatkan di PPS Sekolah Agama Simpang 5 Darat.
Untuk rekod, Tangkak menjadi daerah terbaharu dilanda banjir kilat di Johor susulan hujan lebat pada petang Ahad lalu hingga menyaksikan dua PPS dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas dari lima kampung berkenaan.
Iklan
Menurut kenyataan itu lagi, seramai 335 mangsa banjir kilat daripada 85 keluarga didaftarkan di enam PPS yang dibuka sejak Ahad lalu.
"Setakat ini tiada pertambahan mangsa yang dilaporkan di kesemua enam daerah terlibat dan difahamkan air (banjir) juga didapati semakin surut,” menurut kenyataan berkenaan.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>