Gempita 15 gamit perhatian
Iklan
Replika kereta kebal yang dinamakan Gempita 15 di Kampung Tanjung, Mukim Padang Terap Kiri, Kuala Nerang menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan itu. Gambar kecil: Mohd Shaiful Nizam
Anak muda Kampung Tanjung, Mukim Padang Terap Kiri, Kuala Nerang mengumpul duit membeli barang-barang seperti zink, papan plywood dan skru bagi kegunaan membuat replika kereta kebal sempena PRU15
PADANG TERAP - Ilham sekumpulan anak muda membina sebuah replika kereta kebal yang dinamakan Gempita 15 menjadi daya tarikan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN di Kampung Tanjung, Mukim Padang Terap Kiri dekat sini.
Mohd Shaiful Nizam Md Yusof, 34, berkata, idea tersebut muncul semasa memasang bendera parti bersama rakan-rakannya yang lain.
Iklan
Iklan
Menurutnya, replika kereta kebal dipilih kerana merujuk kepada simbolik kenderaan yang digunakan semasa berperang termasuk mempertahankan kubu daripada serangan musuh.
"Kami mengumpul duit dalam kalangan anak muda untuk membeli barang-barang seperti zink, papan plywood dan skru bagi kegunaan membuat replika ini.
Iklan
"Dua hari masa diambil untuk siapkan replika ini. Lagi pun memang saya pernah ada kemahiran buat barang-barang besi dan anak-anak muda ini sepakat untuk membuatnya," katanya ketika ditemui di Kampung Tanjung, Mukim Padang Terap Kiri baru-baru ini.
Mohd Rizan (tiga kanan) bersama kumpulan anak muda Kampung Tanjung, Mukim Padang Terap Kiri, Kuala Neramg
Jelas Mohd Shaiful, penglibatannya dalam memasang poster dan bendera telah dilakukan sejak kecil semasa mengikuti bapanya mencari buluh.
Iklan
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Padang Terap, Mohd Rizan Romli, 41, berkata, gelaran kereta kebal tersebut iaitu Gempita 15 yang membawa maksud 'riuh rendah' sempena Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).
Jelasnya, kerjasama yang ditunjukkan golongan muda di kampung tersebut membuktikan semangat kekeluargaan yang tinggi dalam kalangan mereka.
"Gempita 15 ini menjadi satu daya tarikan untuk kita uar-uarkan kepada seluruh masyarakat bahawa gempita ini perlu ada dan tertanam dalam diri anak muda di sini.
"Kita bahagikan kepada beberapa kumpulan seperti kumpulan pertama pergi ambil buluh dan bawa pulang ke PDM. Kumpulan kedua menyediakan kawasan dan yang ketiga melibatkan aktiviti yang digerakkan untuk menyentuh semua anak muda untuk bersama dengan kita," ujarnya.
Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 boleh diibaratkan sebagai amanat daripada ‘prime minister in waiting’.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ berpandangan, ucapan Ahmad Zahid memberi gambaran dan hala tuju yang jelas buat UMNO serta Barisan Nasional (BN) dalam mendepani pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795890/berita/politik/kj-anggap-ucapan-ahmad-zahid-ibarat-amanat-prime-minister-in-waiting
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.