PRU15: Penyokong berkempen langgar undang-undang lalu lintas

Iklan
Rakaman video berdurasi satu minit 29 saat yang tular memaparkan sekumpulan individu berkempen di Taman Koperasi Polis Fasa 2 pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Polis mengesan terdapat beberapa pelanggaran undang-undang lalu lintas telah berlaku dalam kempen pilihan raya membabitkan sebuah parti politik di Taman Koperasi Polis Fasa 2 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, satu video tular yang memaparkan beberapa individu didapati telah menunggang skuter elektrik secara berkumpulan.

Iklan
Iklan

Eng Lai berkata, selain itu, turut dikesan tindakan individu yang duduk di bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan bahaya.

"Perbuatan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Peraturan 92 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN170/1959)," jelasnya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 15 Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap dua buah kenderaan 'buggy' jika didapati tidak memiliki cukai jalan atau kebenaran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Rakaman video berdurasi satu minit 29 saat yang tular memaparkan sekumpulan individu berkempen di Taman Koperasi Polis Fasa 2 pada Ahad.

"Hasil siasatan, kita mendapati parti politik yang terlibat dalam kempen itu memiliki permit perjumpaan awam terbuka yang sah daripada Ketua Polis Daerah Sentul dan kempen tersebut berlangsung pada jam 9 pagi tadi," ujarnya.

Iklan

Eng Lai berkata, Polis Kuala Lumpur menasihati semua parti politik yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk sentiasa mematuhi undang-undang sepanjang tempoh berkempen.

"Kita tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang," tegasnya.