PRU15: Tiada parti berada zon selesa sehingga 19 November
Iklan
Hasni ( kanan) beramah mesra dengan penduduk pada program pertandingan futsal di Balai Raya Kampung Ibrahim Majid pada Ahad.
KLUANG - Tiada mana-mana parti politik yang boleh menganggap mereka selesa sehingga pengundi menentukan pilihan mereka pada hari mengundi pada 19 November nanti.
Pengerusi UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata meskipun terdapat pelbagai kajian berhubung sokongan pengundi namun ia tidak boleh dijadikan sandaran.
Iklan
Iklan
"Setiap parti mempunyai strategi masing-masing dengan pengisian program dan pelbagai kempen pendekatan kempen.
"Saya kira sehingga 19 November, tidak ada parti berada di zon selesa untuk menang," katanya ketika ditemui di program pertandingan futsal di Balai Raya Kampung Ibrahim Majid di sini pada Ahad.
Iklan
HASNI
Sebelum itu, kajian dilalukan Merdeka Center baru-baru ini, melaporkan sokongan pengundi Melayu lebih memihak kepada PN iaitu sebanyak 35 peratus dan BN sebanyak 25 peratus.
Dalam pada itu, Hasni yang juga calon BN di Parlimen Simpang Renggam berkata sebagai pengarah pilihan raya BN Johor akan memantau perkembangan 26 Parlimen yang ditandingi BN Johor setiap hari.
Iklan
"Saya akan pastikan tidak ada kelemahan dari segi penganjuran program seperti sikap alpa dan sambil lewa di peringkat jentera BN," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hasni menasihatkan semua jentera BN agar memantapkan gerak kerja serta tidak membalas sebarang provokasi ketika kempen.
"Tindakan provokasi ini, saya percaya BN boleh kawal jentera masing-masing.
"BN perlu elak daripada tindak balas. Saya harap kita semua sifat matang dalam kita berdepan kaedah kempen (pihak lawan)," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian khianat membakar khemah di tepi bilik gerakan MIC di Taman Mutiara, Batu Pahat, malam Ahad.
Jurucakap Media PRU15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Superintandan Ibrahim Mat Som berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di lokasi sama dan disyaki berada dalam keadaan mabuk ketika tangkapan dibuat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Baharu hari kelima kempen, Farzana sudah masuk gear lima"><meta itemprop="description" content="Belum pun memasuki separuh tempoh berkempen, calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir sudah masuk gear lima dengan menggerakkan jentera secara agresif dalam usaha mendekati pengundi di kawasan itu.
Farzana, 26, yang mesra disapa Nana berkata, sekitar 30 ke 40 peratus kawasan itu sudah dikunjunginya sejak kempen rasmi bermula melalui turun padang dengan mengunjungi kawasan perumahan dan kampung bertemu penduduk dengan menaiki motosikal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803189/berita/politik/prn-melaka-baharu-hari-kelima-kempen-farzana-sudah-masuk-gear-lima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #PH #calonDunKlebang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-04T04:11:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P236S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbtdsnu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbtdsnu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbtdsnu"></script>