Amaran ribut petir, hujan lebat di 13 negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 13 negeri, sehingga jam 9 malam, Sabtu. Foto hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 13 negeri, sehingga jam 9 malam, Sabtu.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, amaran itu dikeluarkan ekoran terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Iklan
Iklan

Negeri-negeri tersebut melibatkan kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Di Kedah, amaran dikeluarkan melibatkan Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta Kerian, Larut, Matang dan Selama, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Iklan

Sementara itu, di Pahang, kawasan yang terlibat ialah di Pekan dan Rompin, manakala di Sarawak kawasan yang terjejas ialah Miri (Marudi) dan Limbang.

Dalam masa sama, amaran ribut petir dan hujan lebat turut dikeluarkan di kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) serta Pantai Barat (Papar) di Sabah.

Iklan