LIM Kok Leong berjaya mencipta sejarah selepas muncul sebagai pemain snuker Malaysia pertama merangkul gelaran juara Kejohanan Snuker Amatur Dunia 2022 di Antalya, Turkiye pada Jumaat.
Pada aksi final yang berlangsung di Hotel Sueno Deluxe Belek, Kok Leong berjaya mengetepikan cabaran juara Asia, Amir Sarkhosh dari Iran 5-0 (68-63, 67-42, 78-0, 80-7, 73-54) dalam pertarungan selama 16 minit.