PRU15: PH mungkin menangi 80 kerusi di Semenanjung Malaysia
Iklan
Chin Tong (kanan) dan Gobind (tengah) menyantuni seorang pengundi di Iskandar Puteri pada Sabtu.
ISKANDAR PUTERI - Pakatan Harapan (PH), berkemungkinan besar memenangi 80 kerusi daripada 165 kerusi parlimen di Semenanjung pada PRU15.
Menurut Pengerusi DAP Johor yang juga calon Iskandar Puteri, Liew Chin Tong, kemungkinan itu dibuat berdasarkan kepada situasi semasa selepas tempoh seminggu berkempen.
Iklan
Iklan
"Selepas seminggu berkempen, kelihatan PH mungkin dapat peroleh 80 kerusi parlimen dan berdasarkan kepada keadaan yang tidak menentu, apakah BN masih ada 50 kerusi atau kurang daripada itu kerana pada PRU yang lalu, PH menang 98 kerusi di Semenanjung, BN (49) dan Pas (18).
"Oleh itu, secara umum ramai yang buat analisis, BN mungkin kekal atau kurang daripada 50 kerusi kali ini dan kalau PH akhirnya peroleh 95 kerusi di Semenanjung, ada kemungkinan PH boleh mentadbir dengan simple majority dan menubuhkan kerajaan secara bersendirian berbanding BN.
Iklan
Chin Tong berkata demikian pada sidang media ketika berkempen di sekitar Iskandar Puteri pada Sabtu.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo.
Iklan
Sementara itu, Gobind turut mengajak rakyat untuk keluar mengundi beramai-ramai pada 19 November kelak bagi memastikan PH mampu memenangi kerusi yang diharapkan.
"Berdasarkan situasi semasa kita tahu rakyat mahukan satu kerajaan yang stabil tidak mahu wujud ketidaktentuan dalam kalangan pemimpin selain mempunyai hala tuju dalam tempoh lima tahun.
"Tetapi untuk pastikan itu berlaku, kena pastikan ramai keluar mengundi nanti," katanya
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>