SEMPORNA - Angkatan Tentera Malaysia menerusi Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) menahan lima lelaki bersama senjata api dan peluru hidup memasuki perairan Pulau Mataking dekat sini, pagi tadi.
Komander ATB 2, Brig Jeneral Datuk Zarondin Md Amin berkata, bot dinaiki kumpulan bersenjata itu dikesan operator radar, Bdr Alix Lamius selepas bergerak laju dari perairan Sitangkai, Filipina menuju ke perairan Sabah, Malaysia.