PH lebih efisien dalam selesaikan masalah rakyat

Iklan
Dr Sathia Prakash Nadarajan

HULU SELANGOR - Pakatan Harapan (PH) diakui lebih efisien dalam menyelesaikan masalah rakyat terutama ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan.

Calon PH kerusi Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, isu kesesakan Jalan Perindustrian Rawang yang dihadapi selama 30 tahun selesai selepas kerajaan PH mengambil alih kerajaan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), kerajaan PH memperuntukkan bajet sebanyak RM227 juta untuk menangani isu kesesakan lalu lintas di Rawang.

"Bayangkan kalau kita boleh selesaikan isu 30 tahun dalam masa 22 bulan, apa yang kita oleh mampu lakukan sekiranya diberi mandat sepenggal," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Dalam pada itu, Ketua Cabang PKR Hulu Selangor itu berkata, masalah utama di Serendah yang perlu diselesaikan adalah mengenai jalan raya.

Katanya, beliau akui sebelum ini anak saudaranya baru sahaja kehilangan kaki kerana kemalangan di Serendah.

Iklan

"Mungkin warga Hulu Selangor fikir, kenapa isu ini dibangkitkan oleh PH, sedangkan kerajaan negeri di bawah PH dan penyandang kerusi ini adalah PH.

"Tetapi kita perlu fahami, kebanyakan jalan raya utama di Hulu Selangor adalah di bawah kuasa kerajaan Pusat. Jadi, hanya orang yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai isu jalan raya ini mengecam kerajaan negeri," katanya.