DAP beri mandat Anwar jadi PM tanpa syarat
Iklan
Anthony Loke
TAMPIN - DAP memberi jaminan sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), semua Ahli Parlimen DAP akan memberi mandat sepenuhnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP juga tidak akan meletakkan apa-apa syarat dan soal rundingan kerusi dalam kabinet hanya akan dibincangkan selepas itu.
Iklan
Iklan
"Pada 19 November, apabila kita menang kerusi ke 112, tanpa persoalan, semua Ahli Parlimen DAP akan beri mandat sepenuhnya kepada Anwar untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.
" Bagaimana kerajaan dibentuk kita bagi mandat kepada kebijaksanaan beliau untuk mentadbir. Itu komitmen saya sebagai Setiausaha Agung," katanya ketika berucap pada majlis Jelajah Anwar Ibrahim di Negeri Sembilan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah di sini pada Isnin.
Iklan
Ujarnya, Anwar mampu menjadi Perdana Menteri yang terbaik kerana beliau merupakan tokoh politik yang berpengalaman.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>