Noraini Pengerusi PAC baharu

Iklan
Bekas Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bersama Pengerusi PAC baharu, Datuk Dr Noraini Ahmad memegang dokumen PAC. - Foto Sinar Harian Zahid Izzani

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parit Sulong dari BN, Datuk Dr Noraini Ahmad dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Usul tersebut yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof turut mendapat sokongan penuh daripada Ahli-ahli Parlimen.

Iklan
Iklan

Pemilihan Noraini bagi menggantikan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang merupakan Pengerusi PAC sebelum ini.

Isu Pengerusi PAC menjadi hangat apabila Ronald yang sebelum ini anggota UMNO Sabah, bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu, satu daripada komponen PH, bersama enam lagi wakil rakyat UMNO Sabah tahun lalu.

Iklan

Ronald yang mempertahankan kerusi Parlimen Beluran sejak lima penggal atas tiket UMNO, dipilih sebagai Pengerusi PAC buat pertama kali daripada blok pembangkang, berikutan janji manifesto PH pada PRU14 yang menetapkan Pengerusi PAC Parlimen mesti dipilih dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang.

Isu tersebut semakin hangat apabila Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan menggugurkan Ronald.

Iklan

Bagaimanapun, Nurul Izzah menarik balik keputusan tersebut selepas Dr Mahathir bersetuju untuk menggantikan Ronald dengan Ahli Parlimen Pembangkang.