Calon BN Pengkalan Chepa buat laporan polis

Iklan
Tangkap layar yang mempertikaikan status akademik dan kelayakan Dr Mohd Hafiezulniezam sebagai doktor tular di laman sosial pada Sabtu.

KOTA BHARU - Calon BN Pengkalan Chepa, Dr Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin membuat laporan polis berkait fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini, pada Sabtu.

Laporan berkait dengan status akademik dan kelayakannya sebagai doktor dibuat pada jam 4.07 petang bersama peguam dan jentera BN Pengkalan Chepa.

Iklan
Iklan

Dr Mohd Hafiezulniezam berkata, laporan polis itu dibuat bertujuan membersihkan namanya dan mahu pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci berkait fitnah tersebut.

"Saya berpandangan pihak yang menyerang mahu membuang waktu daripada terus fokus kepada berkempen," katanya semasa sidang akhbar di hadapan IPD Kota Bharu, di sini pada Sabtu.

Iklan

Menurut beliau, kes tersebut diserahkan kepada pihak peguam yang telah dilantik bagi tindakan selanjutnya.

Ujarnya, laporan berkenaan dibuat bukan bersifat penafian sebaliknya menjelaskan apa yang berlaku.

Iklan

Pada Sabtu jam 12 tengah malam, calon BN Pengkalan Chepa itu telah diberitahu oleh kenalannya berkenaan beberapa hantaran melalui laman sosial Facebook dan Twitter yang berunsur fitnah tentang kelayakan akademiknya.

Ia bertujuan mencemar naik baik Dr Mohd Hafiezulniezam yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun yang mempertikaikan kelayakannya.