PRU15: 945 calon layak bertanding
Iklan
Gambar hiasan.
PUTRAJAYA - Seramai 945 jumlah calon layak bertanding di 222 kerusi Parlimen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat media setakat jam 5 petang, Pakatan Harapan (PH) merekodkan pencalonan tertinggi iaitu 206 diikuti BN (178), PN (149), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) (116) dan bebas (108).
Iklan
Iklan
Calon Warisan pula adalah 52 orang, Gabungan Parti Sarawak (31), Pas (22), Parti Rakyat Malaysia (16), Gabungan Rakyat Sabah (13), Parti Sarawak Bersatu (10).
Parti Bumiputera Perkasa (sembilan), DAP (lapan),Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat, (tujuh), MUDA (enam), Parti Bangsa Malaysia (lima) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (tiga).
Iklan
Masing-masing satu pencalonan dari Parti Bersatu Rakyat Sabah, Parti Sedar Rakyat Sarawak, Parti Sosialis Malaysia, Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Parti Bumi Kenyalang dan Parti Utama Rakyat.
Calon bebas menyaksikan peningkatan pada PRU15 berbanding PRU14 iaitu 24 dan 79 pada PRU13.
Iklan
Selangor mencatatkan jumlah calon tertinggi iaitu 124 diikuti Sabah (119) dan Perak (100).
Jumlah calon di Johor pula 96 orang, Sarawak (92), Kedah (68), Kelantan (63), Pulau Pinang (58), Kuala Lumpur (52), Negeri Sembilan (35), Terengganu (33), Melaka (25), Perlis (13) dan Putrajaya (enam).
Sementara itu bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN), seramai 435 calon layak bertanding merebut 117 kerusi DUN Perlis, Perak dan Pahang serta DUN Bugaya, Sabah.
Daripada jumlah itu, 214 calon bertanding di DUN Perak, Pahang (150), Perlis (64) dan tujuh di DUN Bugaya.
Pada PRU14, seramai 687 calon bertanding merebut 222 kerusi Parlimen dan 1646 DUN.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>