Bos Xiaomi terima ganjaran RM3.9 bilion

Iklan
Pengasas syarikat pengeluar telefon pintar Xiaomi, Lei Jun menerima ganjaran RM3.9 bilion ekoran dedikasi terhadap syarikat. - Foto VCG

BEIJING - CHINA.Pengasas syarikat pengeluar telefon pintar Xiaomi dari China dilaporkan menerima ganjaran £735 juta (RM3.9 bilion) ekoran dedikasinya selama lapan tahun terhadap syarikat terbabit.

Menurut Xiaomi, Lei Jun bercadang untuk mendermakan ganjaran yang diterimanya itu kepada badan kebajikan selepas ditolak cukai.

Iklan
Iklan

Ganjaran tersebut dianggap antara habuan korporat paling besar selepas syarikat berpangkalan di Beijing itu meraih keuntungan tahunan berjumlah £980 juta (RM5.25 bilion), lapor BBC.

Xiaomi merupakan pengeluar telefon pintar keempat terbesar di dunia selepas Samsung, Apple dan Huawei.

Iklan

Ia ditubuhkan sembilan tahun lalu oleh Lei Jun bersama enam orang rakan kongsi dan ia pertama kali dilancarkan di United Kingdom pada bulan November.

Tidak sekadar menjual telefon pintar, Xiaomi turut menghasilkan skuter elektrik dan jam tangan penjagaan kecergasan.

Iklan

Awal tahun ini, syarikat berkenaan turut memperkenalkan telefon pintar Mi MIX 3 5G yang bakal menemui pengguna pada bulan Mei depan dalam usaha menjadi pengeluar telefon pintar pertama menawarkan internet berkelajuan tinggi 5G.

Rangkaian 5G bakal dilancarkan pada tahun 2020 dan ia dijangka 1,000 kali lebih pantas daripada rangkaian 4G sedia ada. - Agensi