Pemuda India sokong PN
Iklan
Ragu (kanan) bersama Ravi (kiri) dan Jayakumar hadir memberikan sokongan kepada PN.
MARAN - Di sebalik kem penyokong Perikatan Nasional (PN) yang majoritinya kaum Melayu, terdapat segelintir penyokong dari kaum India di kem tersebut yang ditemui di luar pusat penamaan calon (PPC) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Sabtu.
Tiga sahabat yang juga pekerja ladang, T Ragu, 39, R Jayakumar, 38, dan K Ravi, 23, datang dari Sri Jaya di sini untuk memberikan sokongan kepada PN kali ini.
Iklan
Iklan
Masing-masing yang pertama kali hadir memberikan sokongan kelihatan gembira dan teruja dengan melihat suasana penamaan calon.
Ragu ketika ditemui memberitahu, sepatutnya lebih ramai sahabatnya ingin datang memberikan sokongan tetapi berdepan masalah kerana kenderaan mereka mengalami kerosakan.
Kaum India turut hadir memberikan sokongan kepada PN.
Iklan
"Saya pilih PN kerana inginkan perubahan dan berharap lebih banyak pembangunan dapat dilakukan di tempat saya.
"Dan memang suasananya lain macam serta gembira kerana dapat bersama penyokong PN lain di sini," katanya.
Iklan
Bagi Ravi pula, dia seronok kerana dapat bertemu rakan-rakan penyokong lain dan ia menjadi pengalaman pertama buat dirinya melihat dan menikmati situasi tersebut.
"Biarpun hujan pagi tadi, bukan masalah untuk kekal setia memberikan sokongan di sini," katanya yang tiba di PPC tersebut bersama rakannya kira-kira jam 8.30 pagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KJ anggap ucapan Ahmad Zahid ibarat amanat 'prime minister in waiting'"><meta itemprop="description" content="KJ anggap ucapan Ahmad Zahid ibarat amanat 'prime minister in waiting'
Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 boleh diibaratkan sebagai amanat daripada ‘prime minister in waiting’.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ berpandangan, ucapan Ahmad Zahid memberi gambaran dan hala tuju yang jelas buat UMNO serta Barisan Nasional (BN) dalam mendepani pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795890/berita/politik/kj-anggap-ucapan-ahmad-zahid-ibarat-amanat-prime-minister-in-waiting
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #KJ #ZahidHamidi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-11T08:49:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P30S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb6q9w2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb6q9w2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb6q9w2"></script>