Peluang PKR di Ampang cerah walaupun 7 penjuru: Rodziah
Iklan
Rodziah (tengah) bersama penyokongnya ketika sesi pengenalan calon di Shah Alam.
SHAH ALAM - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Parlimen Ampang percaya ruang untuk merampas kerusi tersebut cerah walaupun kemungkinan berlaku pertembungan tujuh penjuru.
Rodziah Ismail juga percaya warga Ampang bersedia untuk menerima calon baharu daripada Pakatan Harapan (PH) bagi menunjukkan bahawa parti dan rakyat menolak calon wakil rakyat 'pengkhianat'.
Iklan
Iklan
"Kita hendak tunjukkan parti kita dan rakyat tidak menerima pengkhianat dan kerja saya agak besar di situ.
"Selain calon sedia ada ataupun 'incumbent' (penyandang, bekas Ketua Wanita PKR, Datuk Seri Zuraida Kamaruddin) saya dengar ada tujuh penjuru yang akan bertanding.
Iklan
Dalam pada itu, Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga berkata, warga Ampang juga cukup matang dalam membuat pilihan untuk membuat perubahan di Ampang.
"Mereka tahu siapa yang mereka hendak pilih kerana saya yakin pilihan itu untuk membuat perubahan di Ampang.
Iklan
"Saya cuba sebaik mungkin dengan pengalaman yang ada dalam memimpin Selangor dan saya akan kembalikan Ampang menjadi tempat yang mempesona kepada semua," katanya.
Ampang adalah kawasan Parlimen diwujudkan pada 2004 dan kerusi Ampang ditandingi calon UMNO, Datuk Dr Rozaidah Talib mengalahkan calon PKR, Dr Xavier Jeyakumar Arulanandam dengan majoriti 19,732 undi.
Bagaimanapun pada PRU12 (2008), calon PKR, Zuraida merampas kerusi berkenaan dan mengalahkan calon BN, Azman Wahid dengan perbezaan 3,676 undi.
Dua PRU berikutnya kerusi Ampang kekal dimenangi Zuraida dengan peningkatan majoriti yang ketara.
Pada 2020, Zuraida meninggalkan PKR bersama 10 ahli Parlimen lain sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun tidak kekal bersama parti berkenaan sebelum keluar pula untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baharu ditubuhkan.
Selain Zuraida, BN mempertaruhkan Ivone Low Yi Wen dan Nurul Ashikin Mabahwi dicalonkan menerusi Gerakan Tanah Air (GTA) dan Sasha Lyna Abdul Latif mewakili Perikatan Nasional (PN).
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata, senarai nama tiga hingga lima calon itu dicadangkan oleh pimpinan di peringkat Cabang Nibong Tebal untuk diperhalusi.
Menurutnya, calon-calon yang disenarai pendek itu berusia antara 30 hingga 60 tahun termasuk anak tempatan di kawasan Sungai Bakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667914/berita/politik/prk-sungai-bakap-pkr-pulau-pinang-hantar-senarai-nama-calon
Muzik: Elevate dari www.bensound.com