England mungkin tanpa Chilwell di Qatar

Iklan
Chilwell mengalami kecederaan hamstring. - Foto Agensi

PEMAIN pertahanan, Ben Chilwell mungkin terlepas aksi Piala Dunia bersama England ekoran kecederaan hamstring ketika Chelsea mengalahkan Dinamo Zagreb 2-1 pada Khamis.

Chilwell terpaksa dipapah keluar dari padang pada masa kecederaan dan situasi itu meresahkan Chelsea serta England menjelang kunjungan ke Qatar pertengahan bulan ini.

Iklan
Iklan

Denis Zakaria menjaringkan gol kemenangan pada penampilan pertamanya yang membolehkan Blues bangkit menewaskan juara Croatia.

"Nampak tidak positif, ia hamstring.

Iklan

"Kami perlu imbas dan lihat tahap kecederaannya," ujar jurulatih Chelsea, Graham Potter.

England membuka tirai Piala Dunia menentang Iran pada 21 November.

Iklan

Zagreb memerlukan kemenangan di Stamford Bridge berbanding Chelsea yang sudah pun mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan E.

Dinamo yang mahu merebut tempat ke peringkat kalah mati Liga Europa bermula garang selepas membuka tirai jaringan menerusi Bruno Petkovic pada minit ketujuh.

Kelebihan jaringan itu kemudian dipadam oleh Raheem Sterling yang menyamakan kedudukan 11 minit kemudian sebelum Zakaria menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-30.