PRU15: GTA tampil tiga calon selebriti

Iklan
Eizlan Yusof (kiri), Ahmad Idham dan Lando Zawawi

BANGI - [DIKEMAS KINI] Gerakan Tanah Air (GTA) menampilkan tiga selebriti terkenal sebagai calon Parlimen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof yang juga Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan dicalonkan di Sabak Bernam.

Iklan
Iklan

Pelakon dan pengarah terkenal, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri pula dinamakan sebagai calon kerusi Port Dickson.

Sementara, pelakon yang juga Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando dipertaruhkan di Tanjung Karang.

Iklan

Ketika ditemui, Ahmad Idham menyifatkan pencalonannya sebagai amanah berat yang perlu dipikulnya.

"Hari ini bukti kerja saya mula berkesan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman calon di sini pada Rabu.

Iklan

Menceritakan pembabitan awal dalam bidang politik, beliau berkata, pelawaan Timbalan Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Mohamad Jani Ismail untuk bekerjasama menjalankan aktiviti kepada anak-anak istimewa di negeri tersebut.

"Saya aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi produk pendidikan khas, malah saya juga ada sekolah pendidikan khas," katanya.

Ahmad Idham bakal bertemu dengan calon BN dari MIC, P Kamalanathan dan PN yang meletakkan calon Pas, Rafiei Mustapha serta Menteri Besar Negeri Sembilan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun.

Dalam pada itu, Lando ketika ditemui berkata, beliau tidak berniat untuk menyertai pentas politik.

"Sudah 16 tahun kami berjuang dan apabila dijemput oleh Pejuang, saya nampak ini merupakan satu peluang untuk melakukan perubahan terhadap sistem dan infrastruktur di negara ini khususnya di Selangor," katanya.

GTA yang bertanding menggunakan nama Pejuang pada PRU15 mengemukakan calon di 121 Parlimen namun beberapa kerusi masih lagi dalam rundingan.

Jumlah kerusi DUN akan diumumkan oleh pucuk pimpinan negeri.