Tiga calon BN wanita Kelantan tarik pengundi 18 tahun
Iklan
Nurul Amal
KOTA BHARU - Percaturan BN meletakkan tiga calon wanita muda di tiga kerusi Parlimen di negeri ini iaitu Ketereh, Jeli dan Kubang Kerian bertujuan menarik pengundi 18 tahun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Kubang Kerian berkata, pertama kali BN melakukan perubahan besar dengan menampilkan 70 peratus muka baharu ,termasuk tiga calon wanita di Kelantan itu.
Iklan
Iklan
Katanya yang berusia 37 tahun itu, pengundi muda di Kelantan mencecah sehingga 65 peratus manakala 60 peratus di kawasan Parlimen Kubang Kerian tempat beliau pertama kali bertanding bagi kerusi Parlimen pada PRU15 nanti.
"Antara faktor ramai pengundi muda itulah saya dicalonkan oleh kepimpinan parti.
Iklan
"Kita tahu pengundi muda sekarang bijak, mereka ‘penyokong senyap’ dan tidak tunjukkan ke arah mana-mana tetapi berfikiran matang serta bijak. Saya yakin mereka akan memilih dengan tepat pada PRU15 nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Rabu.
Nurul Amal bagaimanapun menyatakan kerisauan terhadap kesedaran pengundi muda keluar mengundi untuk memastikan kemenangan BN supaya dapat kembali mentadbir negara.
Iklan
"Berdasarkan tinjaun pendapat yang dijalankan secara dalam talian di media sosial sememangnya mengalu-alukan calon muda, tetapi kita tidak tahu sejauh mana hasilnya nanti.
"Kalau diberi kepercayaan, kebajikan akan sentiasa terjaga. Rakyat akan diberikan hak yang sepatutnya seperti infrastruk dan prasana lain khususnya di Kubang Kerian serta amnya di seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata, tujuan sama dilakukan oleh BN apabila meletakkan calon wanita muda di dua kerusi tumpuan iaitu di Parlimen Jeli (Ketua Wanita UMNO Jeli, Norwahida Patuan) dan Ketereh (Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin).
"Kita tidak boleh ramal apa-apa yang akan berlaku tetapi kedua-dua Parlimen tersebut sudah ada penyokong tetap, tidak berubah dan Insya-Allah boleh menang atas dasar logo BN,” katanya.
Pada Selasa, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan senarai calon BN pada PRU15 yang antara jadi tumpuan di Parlimen Ketereh apabila nama penyandang Tan Sri Annuar Musa juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh digugurkan dan diisi oleh Marzuani.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.