MIC tak hadir majlis pengumuman calon kerana kecil hati?

Iklan
Laporan Sinar Harian pada malam Selasa.

SHAH ALAM - Persoalan mengenai ketiadaan pemimpin MIC pada majlis pengumuman calon BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Tun Hussein Onn mencetuskan tanda tanya mengenai wujudnya pergolakan dalam komponen tersebut.

Pada majlis tersebut, kesemua 10 calon MIC yang berada dalam senarai yang diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir.

Iklan
Iklan

Difahamkan tindakan pemimpin MIC itu bukan disebabkan oleh rasa tidak puas hati berhubung pembahagian 10 kerusi tetapi ada pemimpin berkecil hati kerana tiga kerusi ditawarkan kepada parti bangsa India lain yang boleh dikatakan sebagai rakan yang menyokong BN.

Tiga parti tersebut ialah Makkal Sakti, Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) dan Kongres India Muslim Bersatu (Kimma) yang sebelum ini pernah menyatakan hasrat menyertai BN tetapi ditolak oleh MIC.

Iklan
Iklan

MIC bakal mengadakan mesyuarat tergempar pada jam 10 pagi hari ini di Ibu Pejabatnya bagi membincangkan mengenai pendirian mereka pada PRU15.