'Ada strategi rahsia tarik pengundi bukan Melayu'
Iklan
Rospandi ketika ditemui media pada Selasa.
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] UMNO Bahagian Alor Gajah mempunyai strategi tersendiri dalam menarik minoriti pengundi bukan Melayu di kawasan tersebut.
Ketua UMNO Bahagian, Datuk Rospandi Leman berkata, strategi tersebut masih lagi dirahsiakan, namun diyakini dapat meraih perhatian sama ada pengundi Melayu atau bukan Melayu.
Iklan
Iklan
"Datang nampak depan, pulang nampak belakang. Kita orang beradab dan kita menghormati orang setempat.
"Insya-ALLAH bagaimana caranya, itu adalah rahsia kami. Kami yakin dan percaya (dengan strategi itu)," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Iklan
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan nama Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan sebagai calon kerusi Parlimen Alor Gajah bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Selasa.
Pengumuman tersebut dibuat dalam Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Iklan
Ulas beliau, keputusan BN menempatkan calon UMNO untuk kawasan tersebut adalah amat dialu-alukan memandangkan pengundi Melayu yang merupakan majoriti bagi penduduk Melaka.
"Kami di Parlimen Alor Gajah menerima sesiapa sahaja calon daripada UMNO, tidak kira siapa yang diarahkan oleh pucuk kepimpinan.
"Walaupun Shahril Hamdan datang daripada Kuala Langat tetapi kita UMNO satu keluarga," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>