Nama KJ di merata tempat
Iklan
Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - Kurang satu jam sebelum pengumuman calon BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), cerita-cerita calon yang bakal bertanding terus berlegar.
Tidak ketinggalan nama bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dikaitkan untuk menjadi calon di banyak kerusi antaranya di Sungai Buloh pada Isnin.
Iklan
Iklan
Selain itu nama beliau turut tersenarai di kerusi Parlimen Padang Besar menerusi hantaran di grup WhatsApp pengarang-pengarang kanan media pada Selasa.
Sejak mengumumkan tidak bertanding di kerusi Rembau kerana memberikan laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Khairy kerap kali diajukan soalan oleh pengamal media di manakah beliau akan bertanding.
Iklan
Namun begitu, jawapan daripada Menteri Kesihatan itu hanyalah belum tahu di mana akan bertanding dan terbuka untuk bertanding di mana-mana kawasan.
Terbaharu, dalam satu klip video Khairy menyatakan tetap akan memberi sokongan kepada UMNO Port Dickson dan calon BN di kerusi tersebut, Datuk P Kamalanathan.
Iklan
Beliau berkata, walaupun namanya tidak disenaraikan di kerusi berkenaan sebagaimana yang disebut-sebut sebelum ini, beliau berikrar akan tetap bersama Port Dickson.
"Saya ingin memberikan sokongan moral saya dan berikrar kepada rakan-rakan terutamanya dari UMNO Port Dickson, Datuk Faizal dan warga Port Dickson bahawa saya akan tetap bersama dengan semua.
Khairy sebelum ini disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Port Dickson selepas beliau mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya selama tiga penggal yang akan ditandingi oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan.
Apa yang menarik untuk diperhatikan pada pengumuman calon BN pada malam ini adakah nama Khairy dicalonkan atau tidak.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>