Kedudukan Shahidan, Zahidi diketahui hari ini atau esok
Iklan
KANGAR - Status Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Zahidi Zainul Abidin masih menjadi tanda tanya sama ada dikekalkan atau digugurkan dalam senarai calon BN bagi negeri Perlis untuk bertanding pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15)
Menurut sumber parti itu, nama penyandang kerusi Parlimen Arau dan Padang Besar itu tiada dalam senarai calon yang akan mewakili BN, sebaliknya dua muka baharu dipilih untuk menggantikan tempat Shahidan dan Zahidi.
"Bagi kerusi Parlimen Arau, BN akan menampilkan muka baharu dalam kalangan orang muda manakala kerusi Parlimen Padang Besar akan diwakili calon wanita yang juga muka baharu.