Muda Perak mohon maaf: Mutalib

Iklan
MUTALIB

IPOH - [DIKEMAS KINI] Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Perak memohon maaf atas kenyataan bahawa parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen Tapah pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Mutalib Uthman berkata, kerusi Parlimen Tapah akan ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas perbincangan dan rundingan dengan semua pihak.

Iklan
Iklan

Keputusan itu tidak bermaksud beliau tidak akan bertanding pada PRU kali ini.

"Saya akan bertanding di kerusi luar bandar dan kerusi milik menteri yang lain," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, keputusan itu selaras dengan perjuangan Muda dalam PRU15 mahu bertanding di kerusi luar bandar dan ‘Muda lawan Menteri.’

Pada Ahad, Mutalib dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Muda akan bertanding di kerusi Parlimen Tapah pada PRU15.

Iklan

Malah beliau sendiri akan menjadi calon bagi kerusi berkenaan.

Bagaimanapun Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan PKR akan kekal bertanding di kerusi itu, bukan Muda.

Naib Presiden PKR, K Saraswathy telah dinamakan sebagai calon untuk bertanding di kerusi Parlimen Tapah.