Bantah calon DAP Jerai demi kepentingan Pakatan Harapan
Iklan
Sidang media Phahrolrazi (tengah) pada Ahad.
YAN - Tindakan membantah keputusan meletakkan calon DAP bagi kerusi Parlimen Jerai bermatlamat menjaga kepentingan Pakatan Harapan (PH) dan membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-10.
Itu penjelasan dari Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dipecat dari Parti Amanah Negara (Amanah) pada Ahad.
Iklan
Iklan
Menurut Phahrolrazi yang merupakan ADUN Alor Mengkudu, beliau merasakan bahawa tidak sesuai untuk DAP bertanding di kerusi majoriti Melayu terutama di Parlimen Jerai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Saya membantah keputusan untuk menjaga kepentingan PH kerana saya mahu PH memenangi pilihan raya umum, supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri ke-10, ia tiada kaitan dengan saya menentang DAP," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada media di Pejabat Amanah Jerai di Guar Chempedak di sini pada Ahad.
Menurut Phahrolrazi, tindakan meletakkan DAP di kerusi tersebut boleh menjadi peluang kepada pihak lawan yang menentang PH.
Iklan
"Pas dalam Perikatan Nasional (PN) dan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) telah menunggu peluang keemasan ini untuk mengupas isu menentang DAP.
"Apabila PH memutuskan untuk memberikan kerusi Jerai kepada DAP, kita hanya memberikan peluru kepada Pas dan UMNO untuk menyerang Amanah dan PH.
"Ia akan memudahkan kerja Pas dan UMNO untuk menyerang Amanah kerana gagal melindungi kepentingan masyarakat Melayu,” katanya.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan Amanah telah memecat keahlian Phalrolrazi kerana didapati telah melanggar perlembagaan parti.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>