Thomas Su dipelawa sertai PBM
Iklan
Leong Cheok Keng
IPOH - Parti Bangsa Malaysia (PBM) sedia membuka pintu kepada penyandang kerusi Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong untuk menyertai parti itu jika tidak mendapat tempat sebagai calon PRU15.
Pengerusi PBM Perak, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya amat berbesar hati jika pemimpin DAP itu mahu menyertai parti itu dan menyediakan tempat untuk bertanding.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pemimpin yang benar-benar berkhidmat dengan rakyat perlu diberikan peluang bertanding.
"Kita mengalu-alukan jika beliau mahu menyertai PBM. Kita mendapat maklum balas yang sangat baik daripada rakyat tentang kerja-kerja beliau di kerusi Parlimen itu.
Iklan
"Pemimpin begini kita perlukan dan kita percaya pengundi lebih cenderung memilih calon berbanding parti," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Sementara itu, Cheok Keng berkata, PBM akan meletakkan calon di kerusi yang disandang mereka iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Tronoh dan DUN Malim Nawar pada PRU15.
Iklan
Menurutnya, bagaimanapun calon-calon dan tambahan kerusi bagi PBM di Perak akan diputuskan pimpinan tertinggi parti.
Pada Sabtu, Thomas Su menegaskan tidak akan keluar parti meskipun tidak dicalonkan semula pada PRU15.
DAP sebelum ini menamakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Keranji, Chong Zhemin sebagai calon untuk bertanding mewakili PH di kerusi Parlimen Kampar pada PRU15.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KJ anggap ucapan Ahmad Zahid ibarat amanat 'prime minister in waiting'"><meta itemprop="description" content="KJ anggap ucapan Ahmad Zahid ibarat amanat 'prime minister in waiting'
Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 boleh diibaratkan sebagai amanat daripada ‘prime minister in waiting’.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ berpandangan, ucapan Ahmad Zahid memberi gambaran dan hala tuju yang jelas buat UMNO serta Barisan Nasional (BN) dalam mendepani pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795890/berita/politik/kj-anggap-ucapan-ahmad-zahid-ibarat-amanat-prime-minister-in-waiting
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #KJ #ZahidHamidi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-11T08:49:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P30S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb6q9w2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb6q9w2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb6q9w2"></script>