Dua penyelidik wanita harumkan nama negara
Iklan
Dr Maxine Tan, Dr Sok Ching Cheong
PUTRAJAYA - Dua penyelidik wanita negara berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila muncul pemenang dua kategori dalam The 8th Underwriters Laboratories-ASEAN-US Science Prize for Women 2022.
Mereka ialah Timbalan Ketua Pegawai Saintifik Cancer Research Malaysia, Dr Sok Ching Cheong dan Pensyarah dan Penyelidik Kanan Universiti Monash, Kampus Malaysia, Dr Maxine Tan.
Iklan
Iklan
Dr Ching Cheong memenangi Kategori Saintis Kanan menerusi penyelidikan untuk membangunkan alat telerundingan, MeMoSA (Saringan Mulut Mudah Alih) yang merupakan platform kesihatan digital dipacu kecerdasan buatan (AI) bagi pengesanan awal kanser mulut.
Dr Maxine pula memenangi Kategori Saintis Pertengahan Kerjaya menerusi penyelidikan pada pengimejan perubatan dan AI dengan membangunkan model penilaian risiko jangka pendek kanser payudara pertama berdasarkan mamografi dan ciri-ciri klinikal serta demografik.
Iklan
Menerusi kenyataan media hari ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba menyifatkan kejayaan itu sebagai pendorong kedua-dua penyelidik mencapai tahap lebih tinggi dalam penyelidikan saintifik.
"Kejayaan ini diharap menjadi sumber inspirasi untuk menyemarakkan lagi minat dalam kalangan institusi penyelidikan negara dan para penyelidik negara khususnya saintis wanita untuk menyumbang lebih banyak penyelidikan yang berkualiti dalam bidang sains, teknologi dan inovasi," katanya.
Iklan
The 8th Underwriters Laboratories-ASEAN-US Science Prize for Women 2022 bertemakan Kecerdasan Buatan dalam Kesihatan dan Keselamatan merupakan program kerjasama Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN, Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat dan Underwriters Laboratories yang berpangkalan di Amerika Syarikat. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>