Zuraida pertahan kerusi Parlimen Ampang

Iklan
Zuraida

AMPANG - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Ampang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agungnya, Nor Hizwan Ahmad.

Iklan
Iklan

"Saya boleh sahkan hari ini, setakat hari ini (Jumaat) dan sekarang, kawasan ini akan dipertahankan oleh Presiden PBM, Zuraida,” katanya dalam satu sidang akhbar di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Bukit Antarabangsa, di sini, pada Jumaat.

Pada PRU14 lalu, Zuraida yang merupakan Naib Presiden PKR ketika itu memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 41,956 undi dalam saingan empat penjuru.

Iklan

Dalam pada itu, Nor Hizwan berkata, perbincangan bersama BN itu turut melibatkan lima lagi kerusi Parlimen yang disandang oleh wakil rakyat PBM sebelum ini.

Katanya, pengumuman berkenaan perkara itu akan diketahui sebelum hari penamaan calon pada 5 November ini.

Iklan

Selain Ampang, kerusi lain turut disandang oleh Ahli Parlimen dari PBM ialah Parlimen Lahad Datu, Segamat, Tebrau, Kuala Langat dan Julau.