Waspada taktik penipuan bantuan RM500 e-dompet TNG: Polis
Iklan
KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan agak tidak terpedaya dengan taktik penipuan terbaharu yang mengambil kesempatan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang melibatkan pemberian bantuan RM500 menerusi pautan ‘Touch ‘N Go (TNG) yang dikongsi melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
Modus operandi bagi penipuan itu adalah dengan pemberitahuan mengenai bantuan e-dompet RM500 yang diberikan kepada rakyat atas sokongan kepada kerajaan BN yang memerlukan pengesahan identiti menggunakan pautan yang ‘bertopengkan’ aplikasi itu.