PN muktamad pembahagian kerusi di Semenanjung
Iklan
Muhyiddin ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Presiden PN di Ibu Pejabat Bersatu pada Khamis.
PETALING JAYA - Perikatan Nasional (PN) mengumumkan telah memuktamadkan pembahagian kerusi antara gabungan itu di Semenanjung dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu tarikh akan ditetapkan bagi setiap PN negeri untuk mengumumkan calon yang bertanding dalam PRU15.
Iklan
Iklan
"Kita akan tetapkan tarikh untuk setiap PN negeri mengumumkan bukan sahaja kerusi tetapi calon-calon yang kita telah putuskan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Presiden PN di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini pada Khamis.
Iklan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 19 November depan sebagai hari pengundian bagi PRU15 serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) N66 Bugaya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut memaklumkan penamaan calon ditetapkan pada 5 November.
Iklan
Tambah Muhyiddin, pihaknya juga akan mengeluarkan satu arahan agar semua parti dalam gabungan PN untuk saling membantu dalam PRU15.
"Kalaupun calon di situ adalah Bersatu, maka Pas dan Gerakan (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) akan membantu.
"Ini untuk memperkukuhkan langkah-langkah dan menentukan jentera kita mantap ikut kawasan masing-masing. Itu yang telah kita muktamadkan tadi,” ujarnya.
Bekas Ahli Parlimen Pagoh itu dalam masa sama turut melahirkan kesyukuran bahawa tidak ada perkara yang luar biasa berlaku dalam perbincangan pembahagian kerusi.
"Saya rasa bersyukur kerana tidak ada satu perkara yang agak luar biasa berlaku, semua atas semangat setia kawan dalam PN,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemelut UMNO-DAP: Bubar Parlimen atau sebaliknya terserah kepada PM – Khaled"><meta itemprop="description" content="Kemelut UMNO-DAP: Bubar Parlimen atau sebaliknya terserah kepada PM – Khaled
Keputusan sama ada Parlimen dibubarkan atau sebaliknya susulan kemelut hubungan UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menentukan tindakan yang perlu diambil susulan perbezaan pendirian antara parti dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804547/berita/politik/kemelut-umno-dap-bubar-parlimen-atau-sebaliknya-terserah-kepada-pm-ndash-khaled-nordin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #umno #dap #bubarparlimen #khalednordin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-14T06:34:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P147S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbwhyza"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbwhyza"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbwhyza"></script>