Harga runcit RON97, RON95, diesel kekal
Iklan
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 27 Oktober hingga 2 November ini.
KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 27 Oktober hingga 2 November 2022.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.95 seliter, RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada kadar RM2.15 seliter.
Iklan
Iklan
Menurut kementerian itu, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.
Iklan
Iklan
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kementerian itu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura"><meta itemprop="description" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RTS #MesinPengimbas #Saifuddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-28T11:02:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gQ-Lk1guTPPhkwx-W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrqi5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrqi5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrqi5q"></script>